Entri Trio ABC Special Others Blinkers
Sepatah Dua Kata

Assalamualaikum. Selamat datang ke blog Trio ABC. Nantikan kehebatan kami berkarya! ;)- Alif Askandar>
Hai! Nantikan entri terhebat Kak Bel! ;) - Bella Askandar
Kak Cel setia bersama kembar Askandar. :D - Cempaka Lestari

Tinggalkan Jejak, BLINKERS

Mahu beramah mesra bersama Trio ABC? Amat dialu-alukan!
Latest
Claps

Template by:Farah Adriana
With help:Fatin Hazwani /Wanaseoby /Nabila Medan
Best view only in Google Chrome

Alif Askandar

Entry updated on Tuesday 15 April 2014
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Assalamualaikum. Alhamdulillah... Setelah penat lelah adik kembar kesayangan edit blog, terhasillah blog 'boleh tahan' ini. Hehe... Bel, jangan marah... Disebabkan blog ini jugalah, Kak Bel kesayangan kamu semua tidur tak ingat dunia. Kasihan... Tidak mengapa Bel, abang kembarmu ini amat berterima kasih dan menghargai apa yang telah adik kembar lakukan!

Para BLINKERS, rajin-rajin dan baik-baikkanlah diri itu untuk menekan butang follow. Abang Al sangat berbesar hati. Hohoho...

Blog masih belum sepenuhnya selesai diedit. Gambar dan banyak lagi belum ditukar. (chatbox pun buruk. Maaf Bel, saya hanya mengatakan kenyataan) Banyak juga typo. Pasti Kak Bel sangat penat sehinggakan banyak kesalahan telah dilakukan. Kasihan... (hanya mampu mengucapkan kata 'kasihan' dari tadi)

Di sini, Abang Al akan post dua cerpen Abang Al yang tidak seberapa kerana telah dicabar oleh dua orang BLINKERS. Namanya? Biarlah rahsia~ Ewah, bak kata Siti Nurhaliza. Hehe... (sebenarnya Abang Al tidak ingat seorang lagi nama BLINKERS yang telah berikan cabaran. Untuk tidak mengecilkan hati sesiapa yang memang sedia kecil, Abang Al ambil keputusan untuk tidak menaipkan nama seorang lagi BLINKERS di sini)

Abang Al pinta, di sini kita semua gunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) ya? Abang Al memang salute habis kepada orang yang menggunakan BMT dan kepada para BLINKERS yang menghormati watak novel dengan menggunakan BMT. Abang Al dapati (semasa curi-curi lihat akaun Facebook Kak Bel) ada beberapa BLINKERS menegur rakannya untuk menggunakan BMT semasa berkomunikasi dengan kami. Perasaan Abang Al waktu itu, haih... Terharu! Ada juga yang meminta maaf kerana tidak menggunakan BMT.

Watak novel, (pesanan kepada watak novel) gunalah BMT. Tidakkah kalian berasa malu kerana BLINKERS lebih menggunakan BMT daripada kita sendiri?

Eh, eh. Melebih pula Abang Al berceloteh di sini. Ikutkan, panjang lagi Abang Al mahu 'ceramah'kan tetapi masa lebih mencemburui kita. Masa Abang Al lebih banyak untuk mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah.

Nantikan post dari Kak Bel pula. ;)

Yang benar,
Alif Askandar


Oh! Siapakah gerangan yang berani menangkap gambar Abang Al! >.<