Entri Trio ABC Special Others Blinkers
Sepatah Dua Kata

Assalamualaikum. Selamat datang ke blog Trio ABC. Nantikan kehebatan kami berkarya! ;)- Alif Askandar>
Hai! Nantikan entri terhebat Kak Bel! ;) - Bella Askandar
Kak Cel setia bersama kembar Askandar. :D - Cempaka Lestari

Tinggalkan Jejak, BLINKERS

Mahu beramah mesra bersama Trio ABC? Amat dialu-alukan!
Latest
  • Kad Raya dari Bella Askandar
  • Bella Askandar
  • Alif Askandar
  • Claps

    Template by:Farah Adriana
    With help:Fatin Hazwani /Wanaseoby /Nabila Medan
    Best view only in Google Chrome

    Kad Raya dari Bella Askandar

    Entry updated on Wednesday 9 July 2014
    Entry got 0 comments | Fly to top :3

    Assalamualaikum dunia!

    Kak Bel melaporkan diri di sini! Hehe... Setelah sekian lama tidak on blog. Hehe...

    Di sini Kak Bel mengumumkan ehem... ehem... :P Kak Bel mahu memberikan kad raya kepada Blinkers tersayang! Tidak mahu? Boleh pergi main mercun sana! :P *gurau* Jika mahu, sila hadirkan diri di status Kak Bel yang berkenaan supaya proses menyenaraikan nama dapat dilakukan dengan mudah. Jika mahu komen di bahagian blog ini juga boleh. :) (eh, setahu Kak Bel, Kak Bel belum sediakan kotak komen. Alahai... Nantilah ya?)

    Kad raya yang akan diberikan itu biasa-biasa sahaja. Kak Bel beli di pasar raya. :P Tapi akan jadi eksklusif kerana Kak Bel yang akan tandatangan dan tuliskan sedikit coretan! :P *perasan*

    Kak Bel tahu, pasti akan ada ramai yang komen. Tapi Kak Bel hanya akan pilih beberapa orang sahaja. Secara rawak. :) Jika dapat, alhamdulillah. Jika tidak, jangan sedih-sedih, tahun depan ada lagi. :)

    Kenapa hanya Kak Bel yang beri?

    Kenapa Abang Al dan Kak Cel tidak beri juga?

    Soalan itu semua akan dijawab kemudian kerana ada kejutan yang akan menanti! ;)

    Buat WN yang mahu kad raya juga boleh WhatsApp saya, komen di status berkaitan atau PM saja saya di Facebook terus! ^_^

    Salam sayang,
    Bella Askandar

    Bella Askandar

    Entry updated on Wednesday 14 May 2014
    Entry got 0 comments | Fly to top :3

    Hai! Hai! Hai! Assalamualaikum~ Assalamualaikum~! #perangaigilakembali

    Akhirnya, selesai sudah edit blog. Apa yang selesai? Belum habis lagi. T_T Kemungkinan Kak Bel akan tukar blogskin lagi. Sebaik sahaja Abang Al lihat blog terbaru ini, Abang Al terus kata;

    "Tukar. Tolonglah! Tidak mungkin saya mahu on blog lagi kalau begini rupanya sekarang!"

    Al, awak memang kejam. T_T

    Kak Bel pun tidak boleh berlama-lama di sini untuk mengarang membuat entri kerana blog masih belum di siapkan editnya. Nanti Kak Bel sambung ya. ^_^

    Salam sayang,
    Bella Askandar

    Alif Askandar

    Entry updated on Tuesday 15 April 2014
    Entry got 0 comments | Fly to top :3

    Assalamualaikum. Alhamdulillah... Setelah penat lelah adik kembar kesayangan edit blog, terhasillah blog 'boleh tahan' ini. Hehe... Bel, jangan marah... Disebabkan blog ini jugalah, Kak Bel kesayangan kamu semua tidur tak ingat dunia. Kasihan... Tidak mengapa Bel, abang kembarmu ini amat berterima kasih dan menghargai apa yang telah adik kembar lakukan!

    Para BLINKERS, rajin-rajin dan baik-baikkanlah diri itu untuk menekan butang follow. Abang Al sangat berbesar hati. Hohoho...

    Blog masih belum sepenuhnya selesai diedit. Gambar dan banyak lagi belum ditukar. (chatbox pun buruk. Maaf Bel, saya hanya mengatakan kenyataan) Banyak juga typo. Pasti Kak Bel sangat penat sehinggakan banyak kesalahan telah dilakukan. Kasihan... (hanya mampu mengucapkan kata 'kasihan' dari tadi)

    Di sini, Abang Al akan post dua cerpen Abang Al yang tidak seberapa kerana telah dicabar oleh dua orang BLINKERS. Namanya? Biarlah rahsia~ Ewah, bak kata Siti Nurhaliza. Hehe... (sebenarnya Abang Al tidak ingat seorang lagi nama BLINKERS yang telah berikan cabaran. Untuk tidak mengecilkan hati sesiapa yang memang sedia kecil, Abang Al ambil keputusan untuk tidak menaipkan nama seorang lagi BLINKERS di sini)

    Abang Al pinta, di sini kita semua gunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) ya? Abang Al memang salute habis kepada orang yang menggunakan BMT dan kepada para BLINKERS yang menghormati watak novel dengan menggunakan BMT. Abang Al dapati (semasa curi-curi lihat akaun Facebook Kak Bel) ada beberapa BLINKERS menegur rakannya untuk menggunakan BMT semasa berkomunikasi dengan kami. Perasaan Abang Al waktu itu, haih... Terharu! Ada juga yang meminta maaf kerana tidak menggunakan BMT.

    Watak novel, (pesanan kepada watak novel) gunalah BMT. Tidakkah kalian berasa malu kerana BLINKERS lebih menggunakan BMT daripada kita sendiri?

    Eh, eh. Melebih pula Abang Al berceloteh di sini. Ikutkan, panjang lagi Abang Al mahu 'ceramah'kan tetapi masa lebih mencemburui kita. Masa Abang Al lebih banyak untuk mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah.

    Nantikan post dari Kak Bel pula. ;)

    Yang benar,
    Alif Askandar


    Oh! Siapakah gerangan yang berani menangkap gambar Abang Al! >.<